Thursday 17 March 2011

SUMBER AIR

-          Tamadun manusia tertumpu di sekitar kawasan yang mempunyai air.
-          Jika air tidak mencukupi, manusia merekacipta sistem pengairan yang canggih
-          Adakah air dunia mencukupi?

o   Tidak, khasnya di negara membangun

-          Sebabnya:

1.                  Air dalam bentuk yang tidak boleh digunakan
2.                  Kos untuk mendapatkan air terlalu mahal
3.                  Air tercemar

-          di antara 1900 – 1995, jumlah penduduk dunia bertambah 2 kali ganda, tetapi penggunaan air meningkat 6 kali ganda
-          walaupun sumber air dunia tidak berkurangan (kenapa?) air yang dapat digunakan dengan selamat berkurangan:
-          sebab-sebab:

1.                  pencemaran sumber air
2.                  pertambahan penduduk
3.                  risiko perubahan iklim (contohnya: El-Nino)

-          20% dari penduduk dunia kekurangan air minuman yang selamat
-          50% dari penduduk dunia kekurangan kemudahan sanitasi
-          50% penyakit di dunia tersebar melalui air
-          pencemaran air menyebabkan kematian 25 juta manusia setiap tahun
-          70% permukaan buni diliputi air
-          air sentiasa bergerak, dalam bentuk wap air, cecair, dan ais
-          Bumi adalah sistem yang tertutup, tiada penambahan dan pengurangan jirim (matter)
-          Air yang ujud sekarang adalah juga air yang ujud berjuta-juta tahun dahulu
-          Air yang didapati adalah melalui kitaran air yang berlaku di seluruh bumi
-          97 % air tidak boleh digunakan oleh manusia, cuma 0.3% yang boleh digunakan
-          Air tawar per kapita dianggarkan jatuh dari 7,300 meter padu pada tahun 1995 ke 4,800 meter padu menjelang 1995
-          sebab-sebab:

1.                  sungai berdekatan rumah
2.                  pemendakan kelodak (siltation)
3.                  sungai menjadi surut
4.                  pencemaran



-          Pada tahun 1995, penggunaan air di Malaysia adalah 13.5 billion meter padu

Sektor

Malaysia

USA


Pengairan

Industri

Domestik

Thermoelektrik

Awam

72%

15%

13%

39%

6%

1%

39%

12%

-          Malaysia membekalkan 214 juta liter air mentah sehari ke Singapura, komoditi utama negeri Johor dengan hasil lebih RM 1 juta setahun


SUMBER AIR TAWAR


1.   Sumber di permukaan bumi

o   air hujan
o   sungai dan alur
o   tasik dan kolam
o   takungan air

2.   Sumber di bawah permukaan air

o   air bumi
o   mata air
o   telaga


AIR HUJAN


-          Malaysia menerima 990 billion m3 setahun
-          Hujun turun secara bermusim:

o   Monsun timur laut (Nov – Mac) membawa hujan lebat ke kawasan pantai timur Semenanjung, utara Sabah, dan Selatan Sarawak
o   Monsum barat daya (Mei – Sep) membawa hujan lebat ke kawasan pantai barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Alur

-          mengalirkan air ke sungai dan sedikit ke tasik
-          kadar aliran adalah kecil dan mungkin kering pada musim kemarau

Sungai


-          sumber utama air tawar di Malaysia
-          semakin tercemar akibat pembangunan pesat
-          1987 – 1995, berdasarkan kepada kajian ke atas 119 sistem sungai:

o   sangat tercemar: meningkat dari 3 – 12%
o   sedikit tercemar: menurun dari 50 – 45%
o   bersih: menurun dari 47 – 53%

-          punca pencemaran:
o   buangan sisa domestik, ternakan dan industri
o   endapan ampaian dari hakisan tanah akibat pembangunan tanah dan infrastruktur yang tidak terkawal

Tasik dan kolam


-          terjadi pada lekuk yang dasarnya tidak telap air
-          punca air dari kawasan tadahan melalui alur atau sungai, kadangkala dari bawah tanah melalui air bumi

Takungan air


-          Empangan yang dibina merentasi sungai:
o   Mengimbangi ketidakstabilan aliran sungai
o   Mengawal banjir
o   Kegunaan air di musim kemarau
o   Menghasilkan tenaga elektrik hidro

-          2 jenis takungan air:

1.                  takungan air simpanan
2.                  takungan air pengagihan


Sumber air di bawah permukaan bumi

-          ujud di bawah tanah terutama di kawasan akuifer dan zon ketepuan
-          akuifer adalah kawasan formasi geologi bawah permukaan bumi yang boleh menakungi air
-          permukaan bebas air bumi dipanggil aras air bumi dan zon di bawah aras ini ialah zon ketepuan
-          zon ketepuan berada di bawah tekanan hidrostatik
-          bahagian antara permukaan bumi dan air bumi dipanggil zon berudara
-          lihat rajah di bawah yang menunjukkan akuifer



-          di Malaysia, air bumi tidak digunakan kerana sumber air permukaan sudah mencukupi
-          Malaysia mempunyai bekalan air bawah tanah sebanyak 5000 billion m3
-          Batasan kepada penggunaan air bumi:

o   Belum tentu bersih (bacteria, kotoran, bendasing)
o   Pencemaran (logam berat, bahan kimia organic)

-          Penggerudian dan pengepaman air bawah tanah secara berlebihan perlu dielakkan kerana:

o   Mengeringkan alur, anak sungai, paya
o   Penyerapan air masin di kawasan persisiran pantai
o   Pemendapan tanah
o   Kewujudan lubang rongga di kawasan batu kapur

-          sumber air jika ada kecemasan
-          Denmark telah menggunakan 99% air bawah tanah




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...