Saturday 19 March 2011

jimatkan penggunaan air


Amanat Hargai Air Demi Alam Sekitar

Titisan air memberi harapan
Aliran air jamin masa depan
Anugerah Alam Untuk kehidupan
Hargailah air tanpa pembaziran

Dari awal sampai ke akhir
Sungai cemar jauh mengalir
Kerosakan Alam kita khuatir
Anak cucu kepupusan sumber Air

Anak monyet mati kehausan
Syabas diucap pandai berurusan
Alam sekitar amanah warisan
Iltizam penjimatan jadikan wawasan


Pengguna bijak membuat lawatan
Perbuatan membazir amalan syaitan
Perlakuan berjimat membawa keberkatan
Pertahan alam sekitar menjadi tuntutan

Air itu nikmat Allah
Guna ia dengan cermat
Hidup amal penuh barakah
Menjadi insan mendapat nikmat

Angin, api, air dan tanah
Kita tanggung amanah Allah
Jadilah hamba pemegang amanah
Taat dan akur pada perintah

jimat air di rumah

1. Bagi anda yang memiliki banyak pokok bunga atau tanaman di rumah, anda mungkin menggunakan pemercik air untuk menyiramnya, kan?

Sama juga kesnya kalau anda nak cuci kereta ataupun motor pada waktu lapang.

Jadi, pastikan tekanan pemercik air berada pada tahap sederhana. Cuba elak daripada menggunakan tekanan tahap maksimum.


Pemercik air
Pemercik air - weedtwister.com


Jika anda rasa tekanan air tak cukup kuat, cuba periksa keadaan salur getah tu kejap. Kekadang ia berbelit-belit atau terlipat. Itu yang membuatkan tekanan air menjadi rendah sebab pengalirannya tersekat.


2. Tapi kalau di rumah anda hanya ada sedikit pokok bunga, saya cadangkan gunakan air yang telah ditadah dalam baldi. Ataupun bekas khas untuk menyiram yang biasa tu.


Bekas Menyiram Air
Bekas Menyiram Air - faqs.org



3. Selain daripada faktor penggunaan air, pemilihan baja untuk tanaman juga memainkan peranan.

Anda digalakkan memilih baja nitrogen yang berasaskan air.


4. Sebelum anda bercadang nak membina landskap di halaman rumah, lakukan perancangan dengan mengambilkira penggunaan air. Terutamanya dalam pemilihan "water feature".


Mendip Rock Water Feature
Mendip Rock Water Feature - newviewlandscapes.net



Jika boleh, elakkan "water feature" yang menggunakan air yang terlalu banyak. Anda boleh berbincang pereka landskap tersebut.


5. Begitu juga dengan ketinggian rumput (jika ada) di halaman rumah. Pastikan ia dalam ketinggian sederhana panjang iaitu sekitar 6 sm.

Tujuannya supaya rumput tersebut dapat menyimpan air secara lebih efektif dan efisien.


6. Akhir sekali, sebagai langkah berjimat cermat, anda tukarkan kebiasaan ketika membersihkan halaman rumah.

Selalunya, saya dapati ramai yang menggunakan air untuk membersihkan kawasan yang bersimen. Apakata anda kaedah kepada menyapu. Pasti lebih banyak air yang dapat anda jimat kat situ.

Friday 18 March 2011

kartun & air?

ini juga adalah salah 1 cara untuk penjimatan air. dengan cara ini,ia juga boleh  diberi pengajaran dan tip untuk penjimatan air.

 mempunyai hasrat untuk menjimatkan air di rumah

 ini adalah dengan cara nasihat.

kita dapat membezakan sungai yang dulu,dengan sungai yang sekarang. terdapat bayak perbezaanya.

kaedah perawatan air

Perawatan: Sebelum Pengklorinan (Pre-Chlorination)
Klorin (Cl2) kadang-kala ditambahkan ke dalam air masukan untuk mengawal masalah rasa dan bau, atau untuk mengawal pertumbuhan alga di dalam Loji Perawatan.


1.Pembauran: Sebelum Kapur dan Tawas ( Pre-Lime and Alum)
Kapur dimasukkan untuk menyesuaikan keasidan air supaya proses perawatan lebih berkesan.

2.Penggumpalan (Flocculation)
Terdapat zarah di dalam air mentah yang perlu disingkirkan. Banyak zarah yang terlalu kecil lalu tidak boleh enap. Di dalam air, zarah-zarah ini mempunyai cas negatif dan oleh sebab mempunyai cas yang sama,zarah-zarah ini tidak boleh bergabung. Bahan gumpal, sejenis bahan kimia yang bercas positif dimasukkan ke dalam air yang akan menarik zarah di dalam air mentah. Oleh itu, zarah yang lebh besar terbentuk dan cukup berat untuk enap.

3.Pengelompokan (Coagulation)
Penggumpalan dan pengelompokan dibantu oleh penambahan polimer, satu rantaian panjang molekul yang boleh membuatkan kelompok lebih berat oleh tarikan kimia pada kelompok. Selepas pengelompokan, kelompok yang lebih berat perlu waktu untuk tenggelam. Ini dilakukan di dalam tangki pemendapan dan dipanggil proses pemendapan.

4.Pemendapan (Sedimentation)

Pemendapan berlaku di dalam tangki besar, di mana air mengalir perlahan dan kelompok mempunyai waktu untuk tenggelam ke bawah dan disingkirkan.

5.Penurasan (Filtration)
Turas di loji perawatan air mengandungi lapisan pasir. Zarah yang kecil tidak dapat melalui turas kerana melekat pada pasir.Air melalui pasir dan apabila air sampai ke bahagian bawah, ia dikumpulkan dan bergerak semula. Selepas beberapa waktu, terdapat banyak zarah yang melekat pada pasir dan pasir akan tersumbat serta perlu dibersihkan melalui kaedah cuci balikan (backwash). Air jernih beserta udara dipam melalui jalan masuk yang bertentangan pada kelajuan yang tinggi untuk membersihkan turas. Zarah yang melekat pada pasir akan terungkai dan timbul ke permukaan. Air ini dikumpulkan dan menjadi air sisa. Air berturas melalui dua peringkat perawatan sebelum sampai ke tangki air jernih.

Thursday 17 March 2011

Beban BOD

Pelepasan effluen daripada loji rawatan kumbahan termasuk yang telah dirawat sepenuhnya atau dirawat separuh merupakan penyumbang kepada beban pencemar organik utama. Dianggarkan sebanyak 941,934.27 kg/hari beban BOD dilepaskan dari loji rawatan kumbahan. Ini diikuti oleh effluen dari ladang khinzir sebanyak 223,062 kg/hari dan industri pembuatan dan industri berasakan pertanian sebanyak 81,596.83 kg/hari.

Jadual 6.1 menunjukkan jumlah beban BOD yang dilepaskan daripada loji rawatan kumbahan pada tahun 2007.
        
Jadual 6.1: Malaysia: Jumlah Beban BOD (kg/hari) daripada loji rawatan kumbahan
Negeri
Bil Loji Rawatan Kumbahan
Jumlah Penduduk
Kadar Alir
(m3/hari)
Beban BOD (kg/hari)
Selangor
2,649
6,366,224
1,432,400
358,100.10
Perak
1,398
1,373,084
308,944
77,235.98
Johor
1,038
1,265,618
284,764
71,191.01
Negeri Sembilan
937
1,001,532
225,345
56,336.18
Kedah
782
601,618
135,364
33,841.01
Melaka
751
622,932
140,160
35,039.93
Pulau Pinang
657
2,198,113
494,575
123,643.86
Pahang
510
337,231
75,877
18,969.24
WP Kuala Lumpur
306
2,760,202
621,045
155,261.36
Terengganu
227
80,957
18,215
4,553.83
Perlis
41
21,066
4,740
1,184.96
WP Labuan
32
43,099
9,697
2,424.32
WP Putrajaya
9
73,822
16,610
4,152.49
Total
9,337
16,745,498
3,767,736
941,934.27

pencemaran air


Pencemaran  :  

pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.


Punca utama pencemaran :

pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam,babi dan lembu ke dalam sungai.

 Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. 

Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan najis manusia tidak dirawat dengan betul.

SUNGAI SEBAGAI SUMBER

     Fungsi sungai yang pelbagai dalam kehidupan manusia telah menjadikan sungai sebagai
aset yang sangat penting. Fungsi sungai yang paling utama kepada manusia adalah
sebagai sumber bekalan air sama ada untuk kegunaan domestik atau komersil. Kegunaan
domestik utama sungai adalah sebagai bekalan air bersih untuk minuman, membasuh
pakaian dan mandian. Fungsi komersil sungai adalah seperti kegunaan dalam industri,
pertanian dan akuakultur.

     Sungai juga digunakan untuk tujuan rekreasi seperti berenang, bersampan dan
berkayak dan memancing. Persekitaran sungai pula digunakan untuk rekreasi pasif
seperti berehat dan mendapatkan ketenangan serta menghayati persekitaran sungai.
Sungai juga digunakan sebagai medium pengangkutan, mendapatkan sumber protein
seperti ikan serta kegiatan ekonomi seperti menangkap ikan dan menjual pasir sungai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...