Saturday 19 March 2011

jimat air di rumah

1. Bagi anda yang memiliki banyak pokok bunga atau tanaman di rumah, anda mungkin menggunakan pemercik air untuk menyiramnya, kan?

Sama juga kesnya kalau anda nak cuci kereta ataupun motor pada waktu lapang.

Jadi, pastikan tekanan pemercik air berada pada tahap sederhana. Cuba elak daripada menggunakan tekanan tahap maksimum.


Pemercik air
Pemercik air - weedtwister.com


Jika anda rasa tekanan air tak cukup kuat, cuba periksa keadaan salur getah tu kejap. Kekadang ia berbelit-belit atau terlipat. Itu yang membuatkan tekanan air menjadi rendah sebab pengalirannya tersekat.


2. Tapi kalau di rumah anda hanya ada sedikit pokok bunga, saya cadangkan gunakan air yang telah ditadah dalam baldi. Ataupun bekas khas untuk menyiram yang biasa tu.


Bekas Menyiram Air
Bekas Menyiram Air - faqs.org



3. Selain daripada faktor penggunaan air, pemilihan baja untuk tanaman juga memainkan peranan.

Anda digalakkan memilih baja nitrogen yang berasaskan air.


4. Sebelum anda bercadang nak membina landskap di halaman rumah, lakukan perancangan dengan mengambilkira penggunaan air. Terutamanya dalam pemilihan "water feature".


Mendip Rock Water Feature
Mendip Rock Water Feature - newviewlandscapes.net



Jika boleh, elakkan "water feature" yang menggunakan air yang terlalu banyak. Anda boleh berbincang pereka landskap tersebut.


5. Begitu juga dengan ketinggian rumput (jika ada) di halaman rumah. Pastikan ia dalam ketinggian sederhana panjang iaitu sekitar 6 sm.

Tujuannya supaya rumput tersebut dapat menyimpan air secara lebih efektif dan efisien.


6. Akhir sekali, sebagai langkah berjimat cermat, anda tukarkan kebiasaan ketika membersihkan halaman rumah.

Selalunya, saya dapati ramai yang menggunakan air untuk membersihkan kawasan yang bersimen. Apakata anda kaedah kepada menyapu. Pasti lebih banyak air yang dapat anda jimat kat situ.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...