- Tamadun manusia tertumpu di sekitar kawasan yang mempunyai air.
- Jika air tidak mencukupi, manusia merekacipta sistem pengairan yang canggih
- Adakah air dunia mencukupi?
o Tidak, khasnya di negara membangun
- Sebabnya:
1. Air dalam bentuk yang tidak boleh digunakan
2. Kos untuk mendapatkan air terlalu mahal
3. Air tercemar
- di antara 1900 – 1995, jumlah penduduk dunia bertambah 2 kali ganda, tetapi penggunaan air meningkat 6 kali ganda
- walaupun sumber air dunia tidak berkurangan (kenapa?) air yang dapat digunakan dengan selamat berkurangan:
- sebab-sebab:
1. pencemaran sumber air
2. pertambahan penduduk
3. risiko perubahan iklim (contohnya: El-Nino)
- 20% dari penduduk dunia kekurangan air minuman yang selamat
- 50% dari penduduk dunia kekurangan kemudahan sanitasi
- 50% penyakit di dunia tersebar melalui air
- pencemaran air menyebabkan kematian 25 juta manusia setiap tahun
- 70% permukaan buni diliputi air
- air sentiasa bergerak, dalam bentuk wap air, cecair, dan ais
- Bumi adalah sistem yang tertutup, tiada penambahan dan pengurangan jirim (matter)
- Air yang ujud sekarang adalah juga air yang ujud berjuta-juta tahun dahulu
- Air yang didapati adalah melalui kitaran air yang berlaku di seluruh bumi
- 97 % air tidak boleh digunakan oleh manusia, cuma 0.3% yang boleh digunakan
- Air tawar per kapita dianggarkan jatuh dari 7,300 meter padu pada tahun 1995 ke 4,800 meter padu menjelang 1995
- sebab-sebab:
1. sungai berdekatan rumah
2. pemendakan kelodak (siltation)
3. sungai menjadi surut
4. pencemaran
- Pada tahun 1995, penggunaan air di Malaysia adalah 13.5 billion meter padu
Sektor
| Malaysia
| USA
|
Pengairan
Industri
Domestik
Thermoelektrik
Awam |
72%
15%
13% |
39%
6%
1%
39%
12% |
- Malaysia membekalkan 214 juta liter air mentah sehari ke Singapura, komoditi utama negeri Johor dengan hasil lebih RM 1 juta setahun
SUMBER AIR TAWAR
1. Sumber di permukaan bumi
o air hujan
o sungai dan alur
o tasik dan kolam
o takungan air
2. Sumber di bawah permukaan air
o air bumi
o mata air
o telaga
AIR HUJAN
- Malaysia menerima 990 billion m3 setahun
- Hujun turun secara bermusim:
o Monsun timur laut (Nov – Mac) membawa hujan lebat ke kawasan pantai timur Semenanjung, utara Sabah, dan Selatan Sarawak
o Monsum barat daya (Mei – Sep) membawa hujan lebat ke kawasan pantai barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Alur
- mengalirkan air ke sungai dan sedikit ke tasik
- kadar aliran adalah kecil dan mungkin kering pada musim kemarau
Sungai
- sumber utama air tawar di Malaysia
- semakin tercemar akibat pembangunan pesat
- 1987 – 1995, berdasarkan kepada kajian ke atas 119 sistem sungai:
o sangat tercemar: meningkat dari 3 – 12%
o sedikit tercemar: menurun dari 50 – 45%
o bersih: menurun dari 47 – 53%
- punca pencemaran:
o buangan sisa domestik, ternakan dan industri
o endapan ampaian dari hakisan tanah akibat pembangunan tanah dan infrastruktur yang tidak terkawal
Tasik dan kolam
- terjadi pada lekuk yang dasarnya tidak telap air
- punca air dari kawasan tadahan melalui alur atau sungai, kadangkala dari bawah tanah melalui air bumi
Takungan air
- Empangan yang dibina merentasi sungai:
o Mengimbangi ketidakstabilan aliran sungai
o Mengawal banjir
o Kegunaan air di musim kemarau
o Menghasilkan tenaga elektrik hidro
- 2 jenis takungan air:
1. takungan air simpanan
2. takungan air pengagihan
Sumber air di bawah permukaan bumi
- ujud di bawah tanah terutama di kawasan akuifer dan zon ketepuan
- akuifer adalah kawasan formasi geologi bawah permukaan bumi yang boleh menakungi air
- permukaan bebas air bumi dipanggil aras air bumi dan zon di bawah aras ini ialah zon ketepuan
- zon ketepuan berada di bawah tekanan hidrostatik
- bahagian antara permukaan bumi dan air bumi dipanggil zon berudara
- lihat rajah di bawah yang menunjukkan akuifer
- di Malaysia, air bumi tidak digunakan kerana sumber air permukaan sudah mencukupi
- Malaysia mempunyai bekalan air bawah tanah sebanyak 5000 billion m3
- Batasan kepada penggunaan air bumi:
o Belum tentu bersih (bacteria, kotoran, bendasing)
o Pencemaran (logam berat, bahan kimia organic)
- Penggerudian dan pengepaman air bawah tanah secara berlebihan perlu dielakkan kerana:
o Mengeringkan alur, anak sungai, paya
o Penyerapan air masin di kawasan persisiran pantai
o Pemendapan tanah
o Kewujudan lubang rongga di kawasan batu kapur
- sumber air jika ada kecemasan
- Denmark telah menggunakan 99% air bawah tanah